Sikap di dalam kehidupan Manusia...?????

"kehidupan ini sememangnya indah, namun tanpa sedar, kita menikmati keindahan, keseronokan, dan kesenangan itu atas dasar kesusahan orang lain" Fikir-fikirkanlah.

Kebanyakan kehidupan didasari atau berlaku atas kesusahan orang lain, lahir sahaja sudah hampir menyebabkan kita kehilangan orang tersayang iaitu IBU kita sendiri. bertarung nyawa demi untuk melihat anaknya lahir ke dunia yang indah ini yang juga merupakan hasrat diri dan BAPA kita. sudah pasti ramai yang membantah pernyataan ini. tidak begitu ? Bagaimana bantahan tersebut terpulang dengan pembaca yang hendak membantah.

Kalau ada yang membantah, sudah semestinya dirinya bersimpati dengan orang yang di luar sana yang tiada IBU dan BAPA ketika di lahirkan. Tetapi fikir-fikirkanlah, adakah anda sendiri pada masa sekarang sedang menyenangkan atau berdiri atas dasar kesusahan orang tua sendiri yang membesarkan dari kecil hingga sekarang.? sudah semestinya jawapannya "YA". kerana lumrahnya kita menyusahkan mereka dari kecil.

Bagaimana pula dengan rakan-rakan yang sukar untuk memikirkan kesusahan orang lain dan hanya memikirkan keseronokan, keindahan dan juga kesenangan hidup tanpa fikirkan orang yang disusahkannya ? Sudah semestinya orang yang disusahkan akan marah dengan orang tersebut. maka wujudlah persengketaan yang pada akhirnya boleh mendatangkan permusuhan yang berpanjangan. Adakah itu dapat menyelesaikan masalah ???. kalau tidak pun sekurang-kurangnya dapat menyebabkan si Dia itu terasa bahawa dia telah dan sedang menyusahkan orang lain sehingga kini. Hal inilah yang berlaku pada masa kini di Kehidupan penulis di Kampus yang bakal menjadikannya seorang Mahasiswa yang berjaya suatu hari nanti. "Kampus" Kehidupan yang memperlihatkan penulis banyak bentuk penindasan antara rakan sendiri. Hanya memikirkan kesenangan, keseronokan sendiri, namun kadang kala penulis hanya mendengar rintihan para rakan mengenai rakannya yang sedang menyusahkan hidupnya.Penulis tidak menyatakan dirinya baik bahkan seorang yang tergolong dalam kalangan yang menyusahkan dan disusahkan. tetapi ingin mengingatkan diri sendiri agar sedar mengenai kesusahan orang lain yang diakibatkan oleh diri penulis sendiri.

Jadi...................,ingatlah bahawa kehidupan kita kini telah menyebabkan kesusahan orang lain, walaupun kecil kesalahan tersebut namun jika kita beringat mengenainya maka segalanya akan menjadi mudah. Kerjasama akan wujud dalam melaksanakan apa-apa pekerjaan. Dan hal ini akan menghasilkan sesuatu ikatan yang erat dalam pelbagai panggilan "Persahabatan", "Teman Sejati", "Kekeluargaan" dan sebagainya.

Maka........senang-senangkanlah IBU BAPA anda. Walaupun bukan dengan kekayaan, tetapi biarlah dengan jiwa dan fikiran mereka senang apabila memikirkan ANDA. Namun berbuat baik berpada-pada terutama kepada orang lain....hehehehehe

Ikhlas, dari hati tengah blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....sekadar meluahkan perasaan.